2:14 AM
0
Adalah amat malang sekali apabila editor PASN9 menerima perkhabaran bahawa setiap pemilihan untuk mendapatkan rumah Felda di kawasan Palong, Jempol perlu melalui fasa pemilihan oleh Pemimpin UMNO setempat. Apa kena mengena Pengurusan Pemilihan Permohonan Rumah Generasi Kedua dengan Pemimpin parti politik? 

Hal ini akan menjadikan perkara ini tidak telus dan tidak adil! Walaupun pemilihan tersebut dilaksanakan dengan adil, tetapi perkara pokok panel pemilih tersebut adalah dari pihak parti politik, persepsi tetap akan mengatakan ianya tidak akan adil.  

Editor PASN9 berharap agar pemilihan bagi pemilikan rumah generasi kedua lebih telus, berkecuali dan meyakinkan. Janganlah bersikap tidak telus, sambil lewa dan pilih kasih. Bukan apa, ingat, ianya adalah amanah dari Allah. FELDA perlu ambil serius dakwaan ini. Sekian, Wallahualam 


0 comments:

Post a Comment