Saturday, December 03, 2011

BLOG PAS N.SEMBILAN

Blog rasmi PAS Negeri Sembilan telah berpindah ke http://pasns.blogspot.com

Thursday, March 22, 2007

Musa Hitam Gesa Hapuskan Hak Istimewa Melayu Johor

Tun Musa Hitam menggesa agar hak istimewa orang Melayu di Johor dihapuskan sama sekali supaya lebih ramai pelabur luar akan melabur di negeri Johor. Itulah tajuk termuramah terkini oleh Bloomberg. Apa komen orang Melayu, khususnya Melayu Johor, bersedia untuk menggadaikan hak orang Melayu, tanah orang Melayu ? Tiada lagi kontrak khusus untuk orang Melayu, tiada lagi kuota minima pekerja Melayu dalam sesebuah syarikat. Musa Hitam dan jutawan billionaire Robert Kuok adalah merupakan salah seorang dari lima penasihat Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor yang dilantik oleh kerajaan pimpinan Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.

Malaysia Must End Race Policy in Johor, Adviser Says (Update1)
By Angus Whitley and Haslinda Amin

March 21 (Bloomberg) -- Malaysia should exempt the southern state of Johor from policies that favor the ethnic Malay majority to help attract foreign investors to the area, former Deputy Prime Minister Musa Hitam said.

Policies that give the racial grouping privileged access to government contracts and guarantee a minimum presence in the workplace may deter foreign companies from coming to Johor, said Musa, who is advising the government on the state's development.

Contract awards ``will have to be on merit,'' Musa, the country's deputy leader from 1981 to 1986, said in a March 19 interview. ``The Malays will have to face competition.''

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is seeking foreign investors to help fund a two-decade, 382 billion ringgit ($109 billion) redevelopment of Johor, bordering Singapore. Scrapping the race-based program could lure investors and pave the way for the country to completely drop its 36-year-old policy in support of ethnic Malays, who comprise 60 percent of the population.

``It would be an exit route, politically,'' said Manu Bhaskaran, a Singapore-based partner at economic research company Centennial Group. Johor ``is an extremely important project. The affirmative action program and all the related problems do turn off foreign investors.''

Foreign direct investment in Malaysia in 2005 dropped to 15 billion ringgit from 17.6 billion ringgit in 2004, according to the government's department of statistics. Last year's figures haven't been released.

Wealth Imbalance

The racial program, introduced under the New Economic Policy in 1971 after clashes between ethnic Chinese and Malays, also known as Bumiputras, aimed to increase the wealth of the nation's poorest grouping through benefits ranging from cheaper housing to greater access to initial public offerings.

Concern about the policy's validity grew last year after a report by the Asian Strategy and Leadership Institute in Kuala Lumpur showed the original targets to address the wealth imbalance had been surpassed.

The February report by the Centre for Public Policy Studies, controlled by ASLI, said ethnic Malays may own as much as 45 percent of Malaysia's corporate equity. That was higher than the government's estimate of 19 percent in 2004 and surpassed the New Economic Policy's goal of 30 percent.

ALSI on Oct. 10 last year said there were ``shortcomings'' in its report. Lim Teck Ghee, director of the Centre for Public Policy Studies, quit a day later to protest the retraction.

Policy Revision

A five-member council including Musa and Malaysian billionaire Robert Kuok that's advising the Johor project agrees the ethnic program should be dropped, Musa said.

``I am confident that this Bumiputra thing, if I may put it this way, need not be the negative factor, and I am stressing this in this particular exercise,'' Musa said. ``There needs to be a revision, updating, of the way we approach it.''

Incentives to take part in the Southern Johor Economic Region are being finalized, Musa said. Middle Eastern and Japanese investors are among those that have agreed to plow funds into Johor, he said.

The 2,216-square-kilometer development will include roads, offices, homes, theme parks, hotels, factories and hospitals and is Malaysia's biggest real-estate project. Development of the region will require 382 billion ringgit of investment from 2006 to 2025, according to Khazanah Nasional Bhd., Malaysia's state investment unit, which is leading the project.

The site will generate more than 800,000 jobs in 20 years, Prime Minister Abdullah said in November. It may boost growth in Johor to an average of 7 percent from 2005 to 2025, compared with 5.5 percent without the revamp, Khazanah said.

Reaching the project's targets, without the affirmative action program, would allow the government to remove the policy in other areas, said Bhaskaran at Centennial Group.

``This is a very clever way,'' he said. ``It shows that at the top ranks of the system there are people who are thinking well.''

To contact the reporter on this story: Angus Whitley in Kuala Lumpur at awhitley1@bloomberg.net ; Haslinda Amin in Singapore at hamin1@bloomberg.net .

Last Updated: March 20, 2007 23:57 EDT

http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=newsarchive&sid=akv4pAZCxigM

Bersama Us Idris Ahmad 24 Mac Seremban

Assalamualaikum wrt wbt ,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke program berikut :

Liqa Al Fikri bersama Ustaz Idris Ahmad , AJK PAS Pusat
Sabtu 24 Mac 2007
Jam 3 petang
Di PASTI Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban

Maklumat lanjut sila hubungi Al Fadhil Ustaz Mohammad Nazri Yusof 019-3457690

Wednesday, March 21, 2007

Kemenangan Dalam Pilihanraya Adalah Bonus Utk Ahli PAS

Zaman Reformasi lewat 90’an begitu ramai sekali yang keluar daripada UMNO lantas ada yang menyertai PAS, ada yang menyertai Parti Keadilan ketika itu.

Ada yang keluar UMNO kerana ingin membela Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ada yang masuk PAS kerana bencikan Dr Mahathir. Ada yang masuk Parti Keadilan kerana ingin menjatuhkan BN dalam pilihanraya , dan begitulah seterusnya.

Namun era reformasi sudah lama berlalu. Pilihanraya umum 1999 memberikan kejutan kepada Barisan Nasional. Pilihanraya umum 2004 memberikan kejutan pula kepada PAS dan PKR. Begitulah politik, ada masa naik, ada masa turun, ada masa timbul, ada masa tenggelam terus.

Walaupun rakyat terus ditindas dengan kenaikan harga minyak, kenaikan tol, kenaikan cukai pintu dan sebagainya, rakyat seolah-olah sudah putus asa untuk melakukan perubahan. Akhirnya mereka menerima sahaja kerajaan Barisan Nasional sedia ada, biarlah rakyat bersusah payah, asalkan tidak mati kebuluran.

Namun masih ada golongan yang terus berjuang dalam PAS walaupun rakyat dilanda sindrom lesu, jemaah dilanda gelombang, mereka diugut dan sebagainya. Bagi golongan ini kemenangan dalam pilihanraya bukanlah segala-galanya. Pada mereka ialah berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik dalam jemaah untuk mendapatkan keredhaan Allah adalah kemenangan yang hakiki. Perancangan yang terbaik dan tersusun rapi serta pelaksanaan yang berkesan adalah merupakan kemenangan, baik dalam menghadapi pilihanraya, baik dalam mendidik masyarakat, baik dalam berdakwah.

Sebagai ahli PAS mereka mestilah berusaha bersungguh-sungguh dalam perjuangan dakwah mahupun dalam perjuangan politik ketika pilihanraya. Berusaha bersungguh-sungguh adalah satu kemenangan, kemenangan dalam pilihanraya adalah merupakan bonus.

Sekiranya ini diterapkan dikalangan semua ahli PAS, pasti mereka tidak akan kecewa sekiranya PAS kalah dalam pilihanraya. Dan mereka akan terus berusaha dan berusaha bersungguh-sungguh pada setiap masa walau dimana mereka berada. Tidak timbul perasaan menyalahkan satu sama lain diatas kekalahan, sebaliknya sentiasa bersama-sama memperbaiki setiap kesalahan dan kelemahan.

Anda bagaimana ?

Jika BA menang , Dato Kamarul bakal MB NS

Baru-baru ini Pengarah Pilihanraya PAS DUN Kota (Parlimen Rembau) Tn Hj Baharudin , dihubungi oleh seorang SB (Special Branch). SB tersebut menyatakan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan bertanding di DUN Kota dan meletakkan Datuk Kamarul Baharin Abas, Setiausaha Agung PKR sebagai calon.

Pada pilihanraya umum 2004 PAS telah bertanding di DUN Kota ini.

Maklumat yang diberikan oleh SB tadi tidak pun diketahui oleh pimpinan PAS peringkat negeri mahupun kawasan.

Walaubagaimanapun menurut Tn Hj Baharuddin, PAS memang telah lama bekerjasama dengan PKR di peringkat DUN Kota dan mereka bersedia menerima sesiapa sahaja untuk bertanding di DUN Kota , dimana matlamat utama Barisan Alternatif atau Barisan Rakyat ialah untuk menewaskan Barisan Nasional dalam pilihanraya.

Malah jika sekiranya Datuk Kamarul dicalonkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan jika Barisan Alternatif memenangi pilihanraya umum di Negeri Sembilan, mereka amat-amat mengalu-alukannya, sepertimana Dato Seri Hj Abd Hadi Awang sendiri sebagai Presiden PAS sering menyebut Dato’ Seri Anwar Ibrahim bakal calon Perdana Menteri Malaysia sekiranya Barisan Alternatif memenangi pilihanraya umum.

Datuk Kamarul sebenarnya memang tidak asing lagi di kalangan veteran , muslimat dan pemuda PAS di DUN Kota. Malah beliau mempunyai tali persaudaraan yang amat rapat dikalangan AJK dan petugas PAS di peringkat DUN Kota.

Adakah maklumat dari SB tadi merupakan satu fakta, propaganda atau hasutan ?

Walauapapun tujuannya Barisan Alternatif di Negeri Sembilan sentiasa bersedia untuk sebarang percaturan bagi menghadapi pilihanraya umum kelak.

Kedutaan Malaysia di Korea Tidak Professional

Oleh Cikgu Badrul , aktivis masyarakat dari Negeri Sembilan yang sedang melanjutkan pelajaran di sebuah universiti di Korea Selatan. http://chegubard.blogspot.com/2007/03/kedutaan-hubungi-universiti.html
Wednesday, March 21, 2007
Kedutaan hubungi universiti ! ?

Semalam tiba tiba aku dihubungi oleh Francis, Executive Director ARENA yang secara serius nadanya bertanyakan "Adakah aku ada apa - apa masalah dengan kerajaan Malaysia ? "
Aku pelik disergah oleh keseriusan Francis yang aku kenali sebelum ini sebagai orang yang merendah diri, suka tersenyum dan jenaka kadang kala.
Aku cuba mengelak menjawab soalannya dengan bertanya satu lagi soalan.

"Kenapa ?" tanyaku.

Francis menjelaskan bahawa pihak kedutaan menelefon pejabat ARENA dan university bertanya bermacam macam tentang aku, seperti maklumat penaja, tempat tinggal dan seumpamanya. Francis mengatakan dia tak melayan kerana ia kelihatan tidak profesional dan berbau ugutan tindakan pihak kedutaan Malaysia itu. Dia minta aku ke pejabat MAINS esok.

Pagi ini di pejabat university aku dijelaskan lagi sekali mengenai panggilan telefon tersebut. Profesor Dr Hur (salah seorang tenaga pengajar MAINS) menyatakan itu kemungkinan perkara biasa bagi kedutaan. Walaubagaimanapun yang lain tidak bersetuju dengan pendapat itu kerana ia bukan perkara biasa. Di bumi demokrasi seperti Korea Selatan ini kerajaan Korea Selatan pun tidak boleh sewenang - wenang menelefon atau datang meminta data mengenai seseorang pekerja atau mahasiswa, itu boleh disifatkan sebagai ugutan.

Dan berdasarkan pengalaman mereka menguruskan penuntut asing perkara ini tidak pernah berlaku. Maka mereka meminta penjelasan aku jika aku tahu apa yang berlaku.

Lantas aku menjelaskan yang jumlah bilangan aku pernah ditahan, jumlah bilangan aku pernah bermalam di lokap, masih mempunyai kes tertangguh di mahkamah dan kegiatan lain aku di Malaysia. Aku terus menyambung mengenai kenyataan aku terbaru mengenai lawatan Najib (Timbalan Perdana Menteri Malaysia).

Mereka terus tersenyum tanda paham. Mereka mengatakan kemungkinan Malaysia mahu tahu bagaimana orang yang selalu ditahan di negara sendiri boleh diterima belajar dengan tanggungungan biasiswa penuh di negara lain, atau mungkin pihak kedutaan terkejut apabila muka aku berjaya menghiasi kebanyakan media tempatan yang merakam aksi anti perang tempoh hari.

Mereka mengatakan university ini dan badan - badan yang terbabit mendokong kursus aku ini merupakan antara gerakan paling progresif di Korea Selatan dan rantau ini. Aku tidak perlu gusar, aku selamat di sini cuma pastikan paksi aku terus berjuang melawan penindasan, menlontarkan kritikan dan pandangan. Di sini mereka hargai keberanian berjuang menentang kezaliman dan penyuburan budaya perdebatan untuk memperbaiki pemikiran dan keadaan.
Aku melangkah keluar pejabat university tengahari ini, sambil tersenyum bercampur sedih. Tersenyum gembira kerana aku berada di kelompok progresif yang paham erti perlawanan menentang penindasan tetapi sedih kerana ia berlaku bukan di bumi ku sendiri.......
Aku pernah hilang pekerjaan tetap kerana tekanan...aku pilih jalan payah dan susah untuk perjuangan... aku tak akan gentar... LAWAN ! Tersenyum merenung hujan di bumi Kimchi.

p/s : selepas berita Kedutaan Malaysia di Korea Selatan menghubungi universiti tersebar di kelompok aktivis tempatan dan antarabangsa, ramai yang mula menyatakan kurang senang dengan perbagai cara fax dan email kedutaan sekurang kurangnya terasa hangat protes. Terima kasih ..http://blackinkorea.blogspot.com/ dan semua comrade. Pic merupakan gambar Prof. Mohi (Bangladesh), pengajar MAINS bersama Francis...depa pun join demo gak...

http://chegubard.blogspot.com/2007/03/kedutaan-hubungi-universiti.html

Tuesday, March 20, 2007

Sekolah Malaysia Kemudahan Dunia Ke3 , DSAI

Sekolah-Sekolah Malaysia Terperangkap dengan Kemudahan dan Kurikulum Dunia Ketiga

Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim 20 Mac 2007

Dasar pendidikan seharusnya menjadi asas dasar pembangunan sesebuah negara. Maka adalah amat merisaukan ketika kita berada di ambang Kemerdekaan negara yang ke 50, sekolah-sekolah kita masih lagi terperangkap dengan kurikulum dunia ketiga dan banyak lagi yang tidak memiliki ‘kemudahan dunia pertama’ kita.

Meskipun kerajaan telah merwarwarkan Sekolah Bestari selama lebih sedekad, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan telah mendedahkan bahawa hampir 20% daripada sekolah-sekolah rendah kita tidak mempunyai bekalan air bersih; hampir 35% tiada makmal komputer; lebih dari satu perlima tiada makmal sains dan satu persepuluh tidak mempunyai bekalan elektrik sempurna. Secara keseluruhannya, lebih dua pertiga sekolah rendah tidak mempunyai kemudahan yang lengkap. Ini merupakan tambahan kepada pendedahan YB Dr. Wan Azizah Wan Ismail di dalam suratnya kepada Menteri Pelajaran bertarikh 13 Disember 2006 bahawa peratusan perbelanjaan pendidikan kita ketinggalan berbanding Senegal, Malawi dan Kenya di samping kita tergolong di kalangan 24 negara termasuk Palestin dan Maldive yang menghadapi kemerosotan enrolmen sekolah rendah antara 1999 hingga 2004.

Lazimnya, kawasan luar bandar yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat miskin dan terpinggir yang terperangkap dengan sekolah-sekolah yang paling dasyat keadaannya, khususnya di Sabah dan Sarawak. Ini mengeruhkan lagi jurang sosial dan melemahkan kebolehan pendidikan untuk memberikan mobiliti sosial yang lestari. Tiada gunanya kerajaan terus bercakap mengenai modal insan sekiranya golongan-golongan ini terus ketinggalan. Majoriti yang menjadi mangsa ialah golongan Bumiputera, tetapi Menteri Pelajaran lebih mementingkan menghunus keris daripada menyelesaikan masalah ini.

Ini ditambah pula dengan keputusan tergesa-gesa menukar pengajaran Sains dan Matematik kepada Bahasa Inggeris. Ini telah mengakibatkan tahap pendidikan menjadi lebih rendah kerana Kementerian ingin membuktikan bahawa perubahan bahasa penghantar ini tidak menjejaskan prestasi pelajar. Kita tidak mempertikaikan keperluan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, tetapi ini sepatutnya dilakukan menerusi meningkatkan kualiti pengajaran dan penambahan masa pengajarannya, bukannya dengan mengorbankan perjuangan kita menegakkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan semua rakyat Malaysia.

Pada masa yang sama, kurikulum kita masih terlalu berorientasikan peperiksaan. Penekanan ialah pada hafalan dan cemerlang di dalam peperiksaan. Sistem terbuka SPM yang baru diperkenalkan bukannya membolehkan suatu pendekatan menyeluruh terhadap pendidikan, sebaliknya mengakibatkan kegilaan untuk mendapat seberapa banyak A tanpa memikirkan tentang keperluannya. Lebih merisaukan lagi, ini bermula dari peringkat umur yang awal lagi memandangkan anak-anak kita dibebankan bukan sahaja dengan beg yang berat tetapi beban kerja yang berat. Ini menjadi lebih parah lagi apabila ibu bapa menghantar kanak-kanak kecil ke pusat-pusat tiusyen.

Pengumuman oleh Kementerian Pelajaran untuk membenarkan lebih ramai warga Malaysia memasuki Sekolah-Sekolah Antarabangsa menggambarkan bagaimana kerajaan sendiri tidak yakin dengan sistem pendidikan negara. Semestinya hakikat sekolah kebangsaan kini bukan lagi sekolah pilihan untuk mereka yang mampu memilih ialah sesuatu yang menyedihkan, tetapi tragedi yang lebih besar ialah ia gagal mendidik mereka yang tidak mempunyai pilihan tersebut. Bahasa Melayu mesti dikembalikan sebagai bahasa penghantar untuk Sains dan Matematik, di samping memperkenalkan langkah-langkah konstruktif untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Kita tiada pilihan melainkan menyediakan anak bangsa kita untuk menghadapi globalisasi, dan ini hanya dapat dilakukan dengan kembali kepada asas pendidikan: melahirkan sistem pendidikan yang inklusif dan menyeluruh untuk semua bermula dengan sekolah rendah kita.

ANWAR IBRAHIM
http://anwaribrahimblog.com/?p=601#more-601

Monday, March 19, 2007

Pembangkang Usah Berangan Nak Tewaskan BN !

Satu penilitian yang menarik ditulis oleh Zaharin Mohd Yasin dalam Blognya Sang Kelembai http://sangkelembai2006.blogspot.com/2007/03/dalam-dongeng-dan-karut.html#links

“ …….Perlu di ingat kenapa Pulau Pinang boleh ditawan Gerakan adalah kerana sebelum pilihanraya 1969 mereka sudah mencalonkan Lim Chong Eu sebagai Ketua Menteri menggantikan Wong Phow Nee jika menang. Maka pengundi Pulau Pinang sudah tahu siapa bakal jadi Ketua Menteri jika Gerakan menang di Pulau Pinang. Begitu juga Joseph Pairin Kitingan. Kenapa PBS menang di Sabah pada tahun 1986? Mereka menggunakan strategi yang sama dan strategi inilah juga yang digunakan di Kelantan, bila Nik Aziz Nik Mat disebut menggantikan Mohamad Yaakub.

Selagi Parti Pembangkang tidak menamakan siapa Perdana Menteri atau Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi membentuk kerajaan jika menang di Parlimen dan Negeri, Barisan Nasional akan tetap dapat memerintah walau dalam "simple" majoriti”

Pameran Hantu di Seremban : Kenyataan Akhbar AMKNS

Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan berasa amat kesal dengan kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang dilaporkan dalam akhbar Utusan Melayu bertarikh 20 Mac 2007 yang menyatakan kenyataan beliau iaitu “Saya tidak tahu, terpulanglah kepada Pengurusan Muzium, sebab dia ada Lembaga Pengarahnya dan mempunyai pentadbiran sendiri. Jadi bila dia buat pun (pameran), dia tidak beritahu saya. Terpulanglah kepada dia (LMNS), budi bicara pihak muzium, sama ada mahu teruskan atau hendak menghentikannya. Saya dengar khabar, pameran itu bukan muzium yang buat, tetapi ia dibuat oleh promoter. Dia (promoter) sewa dengan muzium”.

Kenyataan oleh Menteri Besar di atas menunjukkan seolah-olah semua jabatan dibawah bidang kuasa kerajaan Negeri Sembilan diberi kuasa sepenuhnya untuk melaksanakan program mereka sendiri tanpa perlu merujuk atau mendapatkan kelulusan pimpinan kerajaan negeri.

Kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan juga menunjukkan beliau tidak perihatin dengan apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri sedangkan papan-papan iklan pameran hantu dan jin ini telah lama terpampang di tiang-tiang lampu sekitar bandar Seremban.

Seperkara lagi kenyataan beliau juga menunjukkan mana-mana premis milik kerajaan Negeri Sembilan boleh digunakan untuk apa-apa tujuan komersial.

Sekiranya Menteri Besar Negeri Sembilan memberikan kuasa penuh kepada semua jabatan untuk menentukan program mereka sendiri tanpa perlu merujuk kepada pimpinan kerajaan negeri maka disini pihak Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan ingin mengemukakan permohonan untuk menggunakan premis kerajaan negeri terutamanya stadium, dewan dan padang untuk menjalankan aktiviti kami. Apakah “Hantu dan Jin” lebih mulia daripada parti politik yang berdaftar secara sah sehingga tidak memerlukan kelulusan atau permit untuk diadakan pameran ?

20 Mac 2007
Ariffin @ Rebin B. Berham
Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan
Tel : 016-2862481

***************************************************
MB: Terpulang kepada muzium Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL

Utusan Malaysia 20 Mac 2007. SEREMBAN 19 Mac – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) tidak pernah memaklumkan kepadanya mengenai penganjuran Pameran Alam Misteri: Hantu dan Jin yang telah mencetuskan kontroversi.

“Saya tidak tahu, terpulanglah kepada Pengurusan Muzium, sebab dia ada Lembaga Pengarahnya dan mempunyai pentadbiran sendiri. Jadi bila dia buat pun (pameran), dia tidak beritahu saya.

“Terpulanglah kepada dia (LMNS), budi bicara pihak muzium, sama ada mahu teruskan atau hendak menghentikannya,” kata Mohamad selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), menyampaikan anugerah cemerlang dan perasmian dewan besar Sekolah Menengah Datuk Klana Putra, Lenggeng, dekat sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas arahan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahukan LMNS menghentikan segera pameran tersebut yang dianggap tidak memberi faedah kepada perkembangan tamadun manusia.

Mohamad berkata: “Saya dengar khabar, pameran itu bukan muzium yang buat, tetapi ia dibuat oleh promoter. Dia (promoter) sewa dengan muzium.”

Pameran Alam Misteri: Hantu dan Jin yang dijadual berlangsung selama tiga bulan telah mencetuskan kontroversi selepas sembilan hari dibuka kepada orang ramai apabila mendapat kritikan seorang pembaca yang menyiarkan keresahannya dalam ruangan forum akhbar ini.

Komen pembaca itu mendapat reaksi Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang meminta agar pameran seumpama itu dihentikan kerana tidak membantu, sebaliknya hanya mengkhayalkan masyarakat.

Sementara Rais dalam kenyataannya berkata, kementeriannya langsung tidak dirunding mengenai pameran itu.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0320&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Kancil model baru lebih menarik, luas

Syarikat pengeluar dan pengedar kereta semakin hebat mempromosi kereta-kereta pelbagai model. Apakah ini menunjukkan ekonomi yang lembap dan kuasa pembeli semakin merosot ?

Kepada mereka yang inginkan kereta yang ekonomi, lebih menarik, model baru, bolehlah tunggu keluaran terbaru Perodua sebagai pilihan.

Kereta dibawah 1000cc cukai jalan cuma RM 20 setahun pada ketika ini.

Kancil model baru dijangka akan dikeluarkan pertengahan 2007 dengan kapasiti enjin 660cc, 850cc dan 1000cc. Sila ke link ini untuk melihat Kancil model baru ini yang lebih kompetitif, lebih luas dan banyak lagi ciri-ciri menarik.
http://paultan.org/archives/2006/07/03/kancil-replacement-model-spotted/

Sunday, March 18, 2007

Pameran Hantu : Rais Yatim marah MB N.Sembilan

Apa sudah jadi ? Datuk Seri Rais Yatim amat marah kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan kerana membenarkan pameran hantu dan jin di Muzium Negeri Sembilan di Seremban. Dah tak ada sangat ke produk pelancongan, kesenian dan warisan sehingga terpaksa panggil “hantu” dan “jin” untuk mempromosikan Negeri Sembilan ?

******************************
The Star 19 Mar 07. Rais chides museum over ghost show

KUALA KLAWANG: Datuk Seri Dr Rais Yatim has rebuked the Negri Sembilan Museum Board for holding the Ghost and Genie World of Mysteries exhibition.

It would not benefit the people and the development of human civilisation, the Culture, Arts and Heritage Minister said after opening a seminar organised by Puteri Umno here yesterday.

He said he had made a reprimand six months ago after the Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Museum held a similar exhibition in Shah Alam, Selangor.

He said the ministry was not even consulted on the exhibition and that they were more interested to promote and display the uniqueness of the adat perpatih.

“The management of state museums is not under the jurisdiction of my ministry. It is under the jurisdiction of the state government.

“The mentri besar should not have allowed the exhibition to take place,” Dr Rais added. (Menteri Besar sepatutnya tidak membenarkan pameran ini diadakan, kata Dr Rais)

http://www.thestar.com.my/news/story.asp

Ceramah Maulid Nabi 24 Mac Rembau

Assalamualaikum wrt wbt,

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir ke program :

Ceramah Sambutan MaulidurRasul
Penceramah : Ustaz Khairil Anwar Wafa
Tarikh : Sabtu 24 Mac 2007 – 6 RabiulAwal 1428
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : PASTI Al Amin, Kg Pulau Mampat (Jalan Chengkau-Pilin), Rembau, NS

Saturday, March 17, 2007

Panduan Asas Menghadapi Pilihanraya

PANDUAN ASAS MENGHADAPI PILIHANRAYA
Untuk mempastikan kemenangan sesuatu parti dalam pilihanraya, pembuangan undi sahaja tidak memadai tanpa petugas-petugas sukarela pilihanraya yang mewakili setiap parti yang cukup dan terlatih.

Berikut ini adalah panduan paling asas menghadapi pilihanraya. Bagaimanapun persediaan yang lebih lengkap dan teratur daripada ini sepatutnya diadakan pada peringkat awal.

KEPERLUAN ASAS PETUGAS
Pengarah JPK (Jabatan Pilihanraya Kawasan/Bahagian/Parlimen)
Pengarah MTD (Majlis Tindakan DUN – Dewan Undangan Negeri)
Ketua UPU (Unit Peti Undi)
Setiausaha JPK/MTD/UPU
Petugas PACA (Pollling Agent and Counting Agent)
Petugas Poster dan Kain Rentang
Petugas Edar Risalah
Petugas Pondok Panas
Petugas Wanita

KEPERLUAN ASAS INFRASTRUKTUR STATUS
Bilik Gerakan (Pejabat, Markas, Rumah, Kontena/Khemah, Van/Lori)
Buku Daftar Pemilih Terkini
Poster Calon
Bendera Parti
Peralatan Siaraya (PA System/Pembesar Suara)
Pondok Panas (Khemah/Payung Besar/Kerusi/Meja)
Pengangkutan Untuk Pengundi
Komputer

1. Keperluan Asas Petugas
• Pengarah JPK (Jabatan Pilihanraya Kawasan/Bahagian/Parlimen) hendaklah memastikan setiap DUN di kawasan mereka mempunyai Pengarah MTD (Majlis Tindakan DUN – Dewan Undangan Negeri).
• Pengarah MTD hendaklah memastikan setiap UPU di kawasan mereka mempunyai Ketua UPU (Unit Peti Undi).
• Ketua UPU hendaklah memastikan bahawa setiap UPU ada petugas PACA (Pollling Agent and Counting Agent)
• Setiap petugas hendaklah menyediakan sekurang-kurangnya dua salinan fotostat MyKad serta 2 keping gambar berukuran passport.

2. Keperluan Asas Infrastruktur
• Setiap MTD hendaklah mempunyai Bilik Gerakan sendiri samada dalam bentuk pejabat, markas, rumah, kontena atau khemah.
• Setiap UPU hendaklah mempunyai Bilik Gerakan sendiri jika tiada hendaklah digabungkan dengan UPU lain dalam DUN yang sama atau ditempatkan di Bilik Gerakan MTD.


3. PACA (Polling Agent & Counting Agent)

Polling Agent (Ejen Tempat Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi tempat pembuangan undi.

Counting Agent (Ejen Kira Undi) ialah orang yang mewakili setiap parti yang bertanding untuk bertugas mengawasi semasa pengiraan undi dibuat.

PACA dikehendakki mengisi Borang A yang disediakan SPR dan dikembalikan kepada Ketua PACA 3 hari sebelum hari pengundian. Salinan Borang A hendaklah disimpan oleh setiap petugas PACA.

Ketua PACA dikehendakki membawa semua Borang A yang telah lengkap semasa hari pengundian.

Petugas PACA dikehendakki berpakaian kemas tanpa logo parti serta membawa MyKad, pensil/pen, pembaris, pemadam.

Tugas Polling Agent
• Petugas Polling Agent shif pertama jam 7 pagi pastikan :
Semua tong undi kosong kemudian ditutup dengan lilin cair warna merah.
Semua kertas undi mempunyai nombor siri yang betul dan berturutan, tiada berulang, tidak licin, terutama dibahagian pangkah calon.
Catitkan no. siri dan jumlah kertas undi.
Tandatangan Borang 13 setelah semua kertas undi telah diperiksa dan simpan 1 Salinan Borang 13.

• Polling Agent akan dibekalkan salinan Buku Daftar Pemilih SPR yang terkini. Apabila nama pengundi disebut berserta No. KP oleh Pegawai SPR, cari pada buku Daftar dan gariskan.
• Pastikan umur dan bangsa pengundi adalah munasabah. Contoh jika No KP 370110-05-2020 sepatutnya berumur 70 tahun tapi yang datang berumur 30 an, angkat tangan dan buat aduan pada Pegawai SPR supaya pengundi tadi disiasat. Atau jika namanya disebut Melayu tapi yang datang berketurunan bukan Melayu minta pegawai SPR sahkan.
• Jangan benarkan sesiapa dalam tempat mengundi kecuali Petugas SPR, polis bertugas, calon dan wakil calon yang bertanding sahaja.
• Pastikan Petugas SPR, petugas parti lawan, pengundi tidak memakai baju atau lambang parti.
• Jangan sekali-kali tinggalkan tempat mengundi terutamanya waktu akhir 4 ptg – 5 ptg walaupun keluar merokok sebentar.
• Jika perlu hubungi Ketua PACA untuk diganti sementara.
• Apabila tamat tempoh mengundi petugas PACA akhir catatkan no siri yang telah digunakan dan no siri kertas undi yang tinggal. Kertas undi lebih akan dimasuk dalam sampul surat 1 dan ditutup. Kertas undi telah dikoyak akan dimasukkan dalam sampul surat 2 dan ditutup. Kedua-dua sampul 1 & 2 akan dimasuk dalam tong undi dan ditutup.
• Pastikan Borang 14 diisi, iaitu Jumlah kertas undi dikoyak dan jumlah kertas undi baki. Pastikan maklumat dalam Borang 14 dan Borang 13 sama.
• Jam 5 ptg – 6 ptg ialah waktu rehat. Jangan tinggalkan tempat peti undi.

Tugas Counting Agent
• Pastikan bawa lampu picit jika terputus bekalan elektrik semasa mengira undi.
• Bawa kalkulator untuk mengira jumlah undi.
• Ada 3 bekas kertas undi, Undi BN, Undi Lawan dan Undi Ragu
• Selepas tamat mengira pastikan Jumlah Undi BN + Lawan + RAGU sama dengan apa tercatat pada Borang 14. Jika lebih buat bantahan.
• Maklumat ini akan dimasukkan dalam Borang 14.
• Ambil salinan Borang 14.
• Pastikan tandatangan Ketua Tempat Mengundi SPR sama dengan Borang 13 dan Borang 14.
• Borang 14 akan dibawa ke tempat penjumlahan undi untuk dijumlahkan.
• Pastikan ada petugas mengikuti Peti Undi dan Borang 14 SPR hingga ke tempat penjumlahan undi.

4. Menganggar Umur dari MyKad Tahun semasa 2007
• Nombor MyKad bermula 0 umur antara 98 – 107 tahun
• Nombor MyKad bermula 1 umur antara 88 – 97 tahun
• Nombor MyKad bermula 2 umur antara 78 – 87 tahun
• Nombor MyKad bermula 3 umur antara 68 – 77 tahun
• Nombor MyKad bermula 4 umur antara 58 – 67 tahun
• Nombor MyKad bermula 5 umur antara 48 – 57 tahun
• Nombor MyKad bermula 6 umur antara 38 – 47 tahun
• Nombor MyKad bermula 7 umur antara 28 – 37 tahun
• Nombor MyKad bermula 8 umur antara 18 – 27 tahun

Nombor Mykad bermula 87, 88, 89, 90 dan seterusnya adalah tidak layak untuk mengundi pada tahun 2007 kerana berumur kurang 21 tahun.



AJK MTD DUN
Ketua Pengarah
Timbalan Pengarah
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
Ketua Penerangan
Ketua Bilik Gerakan
Ketua Pemilihan & Pengundian
Ketua Logistik
Ketua Bekalan
Ketua Pengangkutan
Ketua Risalah dan Poster
Ketua Keselamatan
Ketua Wanita
Penyelia DUN
KETUA UPU-UPU


BIDANG TUGAS AJK MTD
Penerangan – Menguruskan ceramah umum/kelompok
Pemilihan dan pengundian – Mengurus kerja semakan daftar pemilih pengundi
Logistik – Mengurus Bilik Gerakan
Bekalan – Menyedia dan membekal makanan dan minuman kepada petugas
Pengangkutan – Mengurus keperluan pengangkutan untuk pengundi
Risalah dan Poster – Mengurus kerja tampal poster dan edar risalah
Keselamatan – Menjaga keselamatan Bilik Gerakan, pondok panas dan petugas
Pondok Panas – Ialah tempat pengundi memeriksa saluran/tempat mengundi di tempat pembuangan undi
Penyelia – Membantu calon mengenali kawasan dan penduduk setempat
Wanita – Menguruskan petugas wanita sebagai perayu undi, bekalan, PACA