Baru-baru ini sering kali kita terdengar kes-kes mangsa membunuh dan memukul pemangsa sehingga terbunuh dan sebagainya. Pelbagai polemik berlaku di media-media sosial. Di sini ingin kongsikan pendapat asas syarak mengenai Hukum Mempertahan Diri untuk peringatan bersama masyarakat! 

Hukum mempertahankan diri

Berbeza mengikut keadaan, adakalanya hukumnya wajib, dan adakalanya bersifat harus (dibolehkan), mengikut keadaan tertentu, beserta syarat-syaratnya yang tertentu yang akan dijelaskan kemudian.


Mangsa atau pembelanya hendaklah memilih tindakan yang ringan sebelum yang berat misalnya;
jika jenayah dapat dihalang dengan kata-kata dan minta pertolongan, maka haram dia memukul penjenayah.
Manakala jika dia mampu menghalang penjenayah dengan memukul menggunakan tangan kosong, haram dia memukul dengan menggunakan senjata.
Jika dia mampu menghalang dengan memotong satu anggota badan penjenayah, haram dia membunuh. Namun jika jenayah tidak dapat dihalang melainkan dengan cara membunuh maka membunuh penjenayah tersebut dibolehkan (harus hukumnya).
Jika penjenayah menghunuskan pisau atau pedang dan berkemungkinan membunuh, mangsa atau pembelanya dibolehkan (harus) bertindak membunuh penjenayah tersebut, kerana jika dia meminta pertolongan nescaya dia akan dibunuh penjenayah tersebut sebelum datangnya bantuan orang lain.

Hukum mempertahankan diri dan membalas serangan penjenayah diharuskan adalah kerana Dharurat (perkara yang tidak dapat di elak), dan kaedah fiqh ada menyebutkan bahawa ( الضرورة تقدر بقدرها ), iaitu Dharurat hendaklah ditentukan dengan kadarnya yang perlu sahaja (tidak lebih).[2]


4.Dalil-dalil berkaitan hukum mempertahankan diri
Firman Allah SubhanaHu wa Taala, antaranya:
فَمَنِ ٱعۡتَدَىٰ عَلَيۡكُمۡ فَٱعۡتَدُواْ عَلَيۡهِ بِمِثۡلِ مَا ٱعۡتَدَىٰ عَلَيۡكُمۡ‌ۚ 
وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلۡمُتَّقِينَ 


Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan (penganiayaan) terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu secara seimbang (adil/sesuai) dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu; dan bertaqwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.( 002. Al Baqarah: 194.)
وَجَزَٲٓؤُاْ سَيِّئَةٍ۬ سَيِّئَةٌ۬ مِّثۡلُهَا‌ۖ فَمَنۡ عَفَا وَأَصۡلَحَ فَأَجۡرُهُ ۥ عَلَى ٱللَّهِ‌ۚ إِنَّهُ ۥ لَا يُحِبُّ ٱلظَّـٰلِمِينَ


40. Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.(042. Asy Syuura: 40 )
Penjelasan:

I. Ayat di atas menjelaskan bahawa membalas penindasan /pencero
bohan/serangan yang diharuskan, adalah dilakukan dengan cara yang adil (iaitu sama kadar dan tidak berlebihan).[3]

II. Perintah bertakwa dalam ayat menunjukkan bahawa tindakan membalas kerana mempertahankan diri mestilah didasari prinsip berpada-pada (tidak melampau) dan hendaklah dilakukan secara berperingkat-peringkat agar balasan ke atas penyerang /penjenayah tidak berlebihan daripada perbuatannya ke atas mangsa.[4]
III. Maka tindakan mangsa yang dibenarkan Syarak adalah hanya sekadar untuk melepaskan dirinya atau mangsa serta menghentikan serangan penjenayah dan tidak lebih dari itu.

0 comments:

Post a Comment